TAK AMBIL ANWAR IBRAHIM SEBAGAI RAKAN POLITIK MACAM MANA NAK MENANG LAWAN MUHYIDDIN?
Kalau ikut kenyataan Atok semalam seolah olah segala kerjasama yang terjalin antara dirinya dengan Anwar Ibrahim sudah terputus dan telah sampai ke noktahnya.
Tiada rundingan, tiada kompromi dan tiada lagi pujuk rayu jika Anwar Ibrahim berdegil mahu menafikan usaha Atok nak jadi PM kali ke 3.

Tapi yang penyokong Atok dan pemerhati politik kompius, kalau Atok tak ambil Anwar Ibrahim sebagai rakan strategi dalam politik, bagaimana PH Plus nak menang lawan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan konco-konconya?
Atok ingat cukup ke sokongan MP dari DAP dan Amanah tu untuk jadikan dia Perdana Menteri ketiga? Sokongan MP dari kem Anwar Ibrahim juga amat diperlukan bagi melengkapkan jumlah MP dari kem PH Plus selain beberapa usaha memancing atau membeli MP dari Perikatan Nasional bagi mencukupkan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.
Pesanan terakhir buat Atok, janganlah sombong dan angkuh. Politik Malaysia ni kecil je. Berbaiklah dengan Anwar Ibrahim tu. Lantiklah dia jadi TPM sekali lagi. Rakyat pasti suka dan beri sokongan yang tak berbelah bahagi. 😆
