BEKERJASAMA DENGAN PH IBARAT GANTUNG TIDAK BERTALI DAN SUDAH TIDAK RELEVAN

Perbalahan dalaman oleh parti2 komponen PH seperti DAP, AMANAH, WARISAN dan Bersatu Black dilihat menampakkan kelemahan PH untuk mempunyai persefahaman jika mereka mentadbir negara sekali lagi.
WARISAN juga dilihat terlalu bergantung kepada Mahathir yang masih mahu menjadi PM buat kali ketiga dan hanya ingin memegang jawatan tersebut paling lama setahun saja. JIka betul Anwar akan menggantikan Mahathir nanti, apa pula nasib WARISAN?
Sudah tentu Anwar akan menekan WARISAN kerana menjadi pro-Mahathir dan akan ditamatkan riwayat dalam politik. Jadi kenapa masih perlu menyokong WARISAN dan PH yang seperti gantung tidak bertali ini?
Ketidakstabilan kerjasama PH sudah tentu akan menjejaskan pentadbiran negara yang kita boleh lihat sebelum ini. Tertumbangnya kerajaan PH adalah disebabkan faktor yang sama. Adakah kita boleh jangka mereka akan berubah selepas ini? Sudah tentu tidak!
Tidak guna lagi untuk mana2 pemimpin di Sabah menyertai gabungan yang retak menanti belah ini kerana ianya seperti menaiki bot yang hampir karam. Politik tikam belakang PH sudah tentu tidak membawa kebaikan kepada negara dan WARISAN yang masih percaya kepada Mahathir pasti akan tumbang bila-bila masa sahaja.
Hanya kerjasama dengan PN sahaja dilihat mampu membawa kestabilan politik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Rakyat juga sudah muak dengan percakaran dalaman yang hanya mementingkan political survival pemimpin parti mereka sahaja.
Jangan biarkan perkara sama berulang disebabkan terlalu percaya janji PH yang mahu membawa mandat rakyat!