Keadilan buat Adib: Tunggu polis tahan pelakunya, kata Takiyuddin
Kes kemat1an anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya dapat diteruskan selepas pihak polis berjaya mengenal pasti dan menah4n pembun0hnya untuk didakw4.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata sebelum ini mahkamah koroner mendapati kemat1an Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenay4h oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
“Oleh sebab itu pihak polis perlu dan sedang menjalankan siasatan untuk kenal pasti pelaku. Itu yang sudah dilaporkan kepada kabinet. “Jadi kerajaan atau pihak Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan pihak polis, kita tunggulah,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di Tunjong, Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah perkembangan kes yang menyebabkan kemat1an Muhammad Adib yang menghembus nafas terakhir pada 17 Dis 2018. Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecem4san (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya men1nggal dunia di Institut Jantung Negara ekoran keceder4an par4h dialaminya dalam rus0han di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kemati1an Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenay4h yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. Semasa menjadi pembangkang PAS gigih mendes4k agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak menangk4p dan menghuk0m pihak yang bertanggungjawab membun0h Adib.
Kini PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional. Takiyuddin berkata kes itu masih dalam siasatan dan ianya disahkan sendiri oleh menteri dalam negeri. “Untuk kes jenay4h tidak ada tempoh. Selagi kes berjalan boleh didakw4 apabila mendapati cukup bukti,” katanya.

Huk0man ke atas pemandu m4buk…
Sementara itu mengenai cadangan kerajaan mahu meminda undang-undang mengenai pemandu m4buk Takiyuddin berkata, perkara itu kini berada di peringkat akhir dan akan dibawa ke kabinet selewat-lewatnya dua minggu lagi.
“Akta ini di bawah kementerian pengangkutan dan kita terlibat juga dalam memberikan input. “Apa yang penting kita cari suatu pendekatan berkesan bukan saja atasi kemal4ngan m4ut sebab pemandu m4buk tetapi juga ke arah membend0ng pemanduan m4buk yang boleh mengelakkan kemal4ngan m4ut.
Ini sebagai langkah penceg4han kita,” katanya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.
Sumber; Mkini
