Jangan sampai pahala ajar Al-Fatihah kepada anak diambil oleh guru tadika
Siapa yang telah ada anak, jadilah orang pertama yang mengajarkan surah al-Fatihah kepada anak sendiri, jangan sampai orang lain mendahului. Kenapa? Kerana apabila ibu bapa yang ajarkan kepada anak-anak, pahala ilmu tersebut akan sentiasa masuk ke akaun akhirat selagi anak kita hidup dan bersolat.
Surah al-Fatihah ini akan dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari di dalam solat wajib yang berjumlah 17 rakaat sehari semalam. Dan itu belum dicampur lagi dengan solat-solat sunat jika anak kita mengerjakannya.
Masya Allah, sangat besar pahala orang yang pertama kali mengajarkan surah ini kepada seorang anak masing-masing kerana ia akan diwarisi turun termurun. Jangan biarkan peluang keemasan untuk dapat pahala mudah ini diramp4s oleh guru tadika atau orang lain!
Ayuh, kita mampu lakukannya…

