Penjawat Awam Jadi Pusher Dadah Ditahan Bersama Isteri Dalam Satu Serbuan Polis
Seorang Penjawat awam berusia 35 tahun dan isterinya antara lima individu ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di langkawi pada sabtu.
Pasangan suami isteri dan lima yang lain itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Ulu Melaka lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua suspek itu berusia antara 21 hingga 43 tahun ditahan pada hari yang sama.Namun semasa operasi menahan dua suspek cedera di kaki dan tangan selepas bergelut dengan anggota polis ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan itu.
Dalam serbuan itu polis merampas heroin seberat 270 gram dan syabu 32.6 seberat gram di atas lantai berhampiran mereka.
Manakala isteri penjawat awam pula ditahan dalam serbuan yang kedua selepas 10 minit empat suspek diberkas dikawasan berhampiran apabila polis mengesan kelibat mencurigakan seorang wanita sedang menggunakan telefon bimbit dalam kenderaan.
Penahanan wanita itu membawa kepada penemuan heroin seberat 78.8 gram disembunyikan atas raga kain dalam kereta.Dan sisasta lanjut terhadap pasangan suami isteri Polis sekai lagi menemui heroin seberat 51 gram dalam almari baju di rumah mereka di Jalan Ayer Hangat
Tambah Shariman,Berat keseluruhan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan adalah 433.3 gram dengan anggaran nilai mencecah lebih RM17,000.
