Pengantin lelaki gagal tahan air mata ketika sebut ‘aku terima nikahnya’, rakan MRSM sejak Form 2 sah jadi isteri - “Banyak kami dah lalui bersama”
BERMULA dengan cinta monyet di zaman sekolah, pasangan ini tidak pernah menyangka hubungan yang dibina akan berakhir di jenjang pelamin. Begitulah kisah Muhamad Faiez Ab Ghani dan Nik Ain Suraya Nik Mohd Asyikin yang akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 16 Mac lalu, dua hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini. Kisah pasangan berusia 22 tahun itu menjadi tular setelah satu video dikongsi di media sosial sehingga ia menerima lebih sejuta tontonan dalam masa dua hari. Mesra disapa Faiez, dia sewaktu dihubungi mengakui terkejut dengan reaksi luar biasa yang diterimanya selepas berkongsi video itu pada Jumaat lalu. "Saya terjumpa gambar-gambar lama dalam laptop, kenangan sewaktu kami mula-mula kenal lapan tahun lepas. Masa tu kami baru berusia 14 tahun. "Jadi saya dapat idea nak buat video kompilasi gambar-gambar lama sehinggalah gambar kami yang sekarang. "Video tu juga nak tunjukkan persabahatan kami selama lapan tahun, nak tunjuk y ...