Pelajar dah boleh siap2 kemas beg, KPT akan umum tarikh buka semula universiti

Seperti biasa, sidang media Pekembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) telah disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam sidang media tersebut, beliau telah memaklumkan beberapa kelonggaran yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia melihat daripada perkembangan pendemik yang semakin menunjukkan penurunan.

SOP pembukaan universiti akan dimaklumkan

Selain daripada kebenaran menunaikan solat Jumaat dan kuliah agama di masjid serta surau, Ismail Sabri memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk benarkan pembukaan semuka semua IPT dan menerima SOP kemasukan pelajar tempatan dan luar negara yang dibentangkan Kementerian Pengajian Tinggi.
Walau bagaimanapun, tarikh Menteri Keselamatan memaklumkan bahawa tarikh sebenar kemasukkan semula pelajar universiti akan dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
SOP kemasukkan pelajar tempatan dan luar negara  juga akan dibentangkan oleh KPT yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Sumber: Bernama