Surau di shopping mall tutup, brader ni solat kar parkir kereta je

Admin KAGUM dengan anak muda, biar siapapun dia, beliau adalah seorang pemuda yang baik dan mempunyai pegangan agama yang kuat. Beliau tidak menjadikan alasan surau tutup untuk dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah solat, rukun Islam kedua yang juga disebut sebagai tiang agama.
Mari kita baca coretan sahabat maya ni…
Ternampak seorang brader ni solat di tempat letak kereta di shopping mall. Tanya kenapa? Dia baru habis kerja katanya. Lepas tu sekarang dah pukul 7 tak sempat lagi solat asar. Dah nak masuk Maghrib. Jadi dia kelam kabut cari surau tempat solat.
Dia kata Surau di mall tutup. Sampai kena kunci dengan mangga dengan notis kerajaan tak benarkan solat di mall kerana PKPB. Jadi terpaksa dia ambil wudhuk di tandas dan solat menggunakan alas sweater dia jadi sejadah.
Alhamdulillah Allah masih pilih dia dapat sempat solat asar sebelum tibanya waktu Maghrib.Walau apa pun halangan kita, jangan jadikan alasan kerja atau surau tutup untuk meninggalkan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
 .Sumber; Abudi Alsagoff via Shah Al-Munzir