38,888 Rakyat Malaysia Setuju Buat MyKad Baru?
Tak dapat dinafikan, sejak pandemik COVID-19 pelbagai masalah yang menimpa negara. Antaranya kedegilan rakyat dalam mematuhi arahan, pesakit COVID-19 larikan diri dari pusat kuarantin, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin aktif sehinggakan ada golongan sindiket menjual Mykad secara haram.
Kenal pasti punca sindiket Mykad palsu…
Tapi, perkara ni berjaya ditangani oleh pihak kerajaan selepas menggunakan pelbagai usaha dan cara serta kerjasama dari pihak badan beruniform. Rentetan itu, penganalisis politik veteran, Prof Dr Ahmad Atory Hussain mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan cadangan memperbaharui Mykad baru bagi menangani isu ini.
“Tapi sebelum melaksanakan pengenalan MyKad baru yang bakal menelan belanja yang tinggi, kerajaan harus membanteras terlebih dahulu dalang dan sindiket Mykad palsu ni dan kita kena kenalpasti punca berlakunya MyKad palsu secara berleluasa. Lagipun, negara kita dah lama tak tukar kad pengenalan,” jelasnya.

Berikutan cadangan telah dikeluarkan, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari telah melancarkan petisyen di platform change.org sama ada rakyat Malaysia bersetuju atau tidak untuk membuat kad pengelana baru. Hasil daripada petisyen tersebut, seramai 38,888 rakyat Malaysia bersetuju dengan cadangan ini.
Dalam kes ini, pihak kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan lebih tegas terutama di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan laluan-laluan tikus di seluruh negeri.
Jika dalang sindiket MyKad palsu tidak dibanteras lambat-laun kes ini pasti akan berulang lagi.